ASSALAMMUALAIKUM WBT & SELAMAT SEJAHTERA

HMS UNGGUL ENTERPRISE merupakan sebuah syarikat bumiputra milik TUNGGAL yang ditubuhkan pada 25 Oktober 1995. HMS Unggul Enterprise mula aktif melaksanakan kerja-kerja kontrak pada awal 1996 dengan menerima dari Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), PPD Daerah Hulu Langat, JKR Wilayah, Indah Water (IWK) dan daripada kerja-kerja undi Pejabat Adun. Melalui kejayaan kerja-kerja yang diperolehi daripada ajensi-ajensi kerajaan seperti di atas telah memberi sumber inspirsi baru kepada pengurusan syarikat ini untuk terus berusaha dan merancang untuk mengembangkan perniagaan. Diantara rancangan syarikat yang ditumpukan adalah kepada kerja-kerja pembinaan, pembersihan, penyelanggaran dan pembaikan sistem kumbahan.

MISI DAN OBJEKTIF

MISI:

Menjadikan sebuah syarikat yang BERDAYA SAING dan BERKUALITI. 
Kami akan berusaha untuk mendekati pelanggan-pelanggan kami 
melalui pengurusan yang PROFESSIONAL, keluaran yang bermutu 
serta khidmat susulan dengan sebaik-baiknya.



OBJEKTIF:

Melaksanakan tanggungjawab dengan segala PENGETAHUAN, PENGELAMAN, dan KEBOLEHAN  dalam memberi dan memastikan pelaksanaan kerja yang dijalankan BERKUALITI demi mencapai hasrat agar setiap aktiviti yang dijalankan mencapai KEPUASAN pelanggan.

Melaksanakan tanggungjawan dengan penuh DEDIKASI , BERSIH dan AMANAH kepada semua pelanggan.

Meningkatkan DAYA SAING syarikat dan akan berusaha mendapatkan pengetahuan TEKNOLOGI terkini dan sentiasa meningkatkan DAYA INNOVATIF dalam perlaksaan kerja.